MUSIUM ARKEOLOGI LENGGONG
Kali ini penulis ingin membawa pengunjung blog ini ke Lenggong pula. Kalau sebelum ini kita ke Muzium Adat di Kuala Kelawang, Negeri Sembilan, kini giliran kita melihat bandar pra sejarah pula, iaitu Lenggong.
Lenggong, bandar kecil yang berada di suatu lembah sempit yang diapit banjaran Titiwangsa di sebelah Timurnya, dan banjaran Bintang di sebelah Baratnya. Sungai Perak mengalir tidak jauh dari bandar ini.
Papantanda menyambut pengunjung ke bandar Lenggong.Dinamakan sebagai bandar pra sejarah kerana penemuan penyelidik kepada fossil-fossil dalam tanah, bukti wujud ketamadunan manusia kira-kira 30,000 (tiga puluh ribu) tahun dahulu, di lembah Lenggong ini.

Tanda arah ke Muzium Arkeologi Lenggong, di jalan raya dari Lenggong ke Kuala Kangsar.
Kini di tapak penemuan itu, didirikan Muzium Arkeologi Lenggong.

Bagaimana hendak ke sana? Sila lihat peta lokasi Muzium Arkeologi Lenggong di bawah:-
Kompleks muzium, berhampiran Kampong Baru Kota Tampan



0 komentar:
Posting Komentar